
Description
Ismah Beach Resort merupakan sebuah resort budget yang privasi serta lokasi penginapan dan percutian popular tepi laut yang terletak di kawasan pesisir pantai di antara Pantai Padang Kemunting dan Pengkalan Balak di negeri Melaka bandaraya bersejarah.
ISMAH Beach Resort adalah resort budget yang privasi sesuai untuk mereka yang inginkan ketenangan dan kedamaian. Pasir pantai yang bersih, air laut yang tenang, kemudahan bilik untuk bermesyurat yang selesa sesuai untuk kursus, seminar dan riadah perkelahan. Pantai Padang Kemunting adalah salah satu pantai tercantik, yang belum tercemar dan terkenal di Negeri Melaka Bersejarah.
Disamping bercuti, anda boleh melawati sendiri tempat tempat bersejarah di Melaka yang sememangnya terkenal di seluruh Malaysia dan dunia. Keindahan perairan Selat Melaka boleh memukau mata dan memberikan ketenangan emosi untuk dinikmati terutama di waktu senja.
Sama ada percutian sekeluarga, kursus, seminar atau secara berkumpulan, ISMAH Beach Resort menjanjikan akan kualiti perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan untuk semua.
Pihak resort ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi mengunjungi tempat kami yang sederhana ini.
Full Info
Pengkalan Balak
Malacca
78300
Map
Sorry, no records were found. Please adjust your search criteria and try again.
Sorry, unable to load the Maps API.