
Berikut merupakan Resepi Pulut Kukus Serunding Kelapa Sedap Mudah Sukatan Cawan yang biasa dihidangkan bersama makan pagi, minum petang dan buka puasa.
Pulut yang merupakan antara makanan kegemaran rakyat malaysia sesuai dipadankan dengan serunding yang enak dimakan ketika panas. Ada pelbagai jenis serunding popular di kalangan rakyat malaysia seperti serunding kelapa, ikan bilis, daging dan ayam. Keunikan dan kelebihan serunding adalah ianya mudah disimpan dan tahan lama.
Bahan-bahan diperlukan:
A) pulut
1/2 cawan santan
3 cawan pulut
B) serunding kelapa
udang kering
kelapa putih parut
halia
gula
garam
bawang putih
bawang merah
5 batang cili kering
2 batang serai
1/2 inci kunyit hidup
Cara-cara membuat pulut kukus serunding kelapa:
A) pulut
1. Mula-mula, rendamkan pulut sehingga lembut. Toskan. Kukuskan pulut yang tadi selama lebih kurang 20 minit sehingga masak.
2. Kemudian, satukan air dan santan lalu campurkan secubit garam. Gaulkan hingga sebati. Masukkan santan ke dalam pulut masak dan kacau rata. Tutup periuk dan kukuskan selama lebih kurang 30 minit sehingga masak.
B) serunding kelapa
1. Pertama sekali, hiriskan serai secara nipis, sambil itu rendamkan cili kering untuk memudahkan proses menumbuk.
2. Kedua, tumbukkan kesemua bahan serunding iaitu udang kering, serai, cili kering direndam, kunyit, bawang putih dan bawang merah serta halia.
3. Ketiga, masukkan bahan-bahan siap ditumbuk tadi ke dalam kuali bersama kelapa parut dan gorengkan sangai sahaja. Tambahkan gula dan garam secukup rasa.
4. Keempat, masakkan serunding sehingga garing. Setelah serunding kelapa siap dimasak, biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum ditabur atau dimakan bersama pulut.