
Pucuk paku adalah merupakan antara sayur ulam-ulaman yang banyak terdapat di negara kita beserta dengan sifatnya yang mudah untuk tumbuh di mana sahaja ia ditanam menjadi kan nya antara juadah pilihan makan tengahari atau makan malam.
Juga terdapat pelbagai jenis pucuk paku yang perlu anda ketahui jenis yang sesuai untuk masakan. Berikut merupakan resepi mudah masak pucuk paku.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk masakan
1 sudu besar sos tiram
1 cawan kecil isi udang
Sedikit air
2 sudu besar minyak masak
Garam sesedap rasa
2 cekak pucuk paku (siap dipotong dan dibasuh)
Bahan-bahan yang diperlukan untuk tumbuk hancur
2 ulas bawang putih
1 cawan kecil ikan bilis yang siap direndam dan dicuci
15 biji cili api kampung
1 biji bawang besar
Cara menyediakan resepi ulam pucuk paku
1. Langkah pertama panaskan minyak di dalam kuali dengan anggaran 2 sudu besar minyak.
2. Kemudian tumis bahan yang disediakan sebagai tumbuk hancur sehingga naik bau.
3. Seterusnya masukkan udang dan sos tiram dan dikacau hingga rata dan masak.
4. Setelah itu masukkan sedikit air dan dibiarkan masak hingga mendidih.
5. Langkah seterusnya masukkan ulam pucuk paku dan gaulkan kesemua campuran masakan.
6. Kemudian masukkan garam dan biarkan ianya masak seketika.
7. Setelah siap dimasak bolehlah diangkat dan dihidang bersama nasi panas dan lauk pauk yang lain.
Terdapat pelbagai variety dalam penggunaan ulam ini seperti dibuat rebus, masak goreng belacan atau ikan masin, dibuat kerabu atau masak lemak kuning atau putih. Juga amat sesuai dihidang bersama masakan pedas.
Antara varieti campuran dalam masakan pula adalah seperti labu, tempoyak, udang, ikan, ayam atau daging salai. Juga merupakan masakan popular bagi penduduk di negeri Kelantan dan Negeri Sembilan, Johor, Perak, Kedah serta negeri yang lain.