
Richard Malanjum telah dipilih dan dilantik sebagai Ketua Hakim Malaysia (CJ-Chief Justice) yang baru pada tahun 2018 menggantikan Tun Md Raus Shariff. Beliau juga telah dianugerahkan dengan pelbagai gelaran dan darjah kebesaran (P.G.D.K, S.S.A.P., P.S.M., S.I.M.P., S.P.S.K., S.P.D.K. )
Siapa kah beliau?
Berikut adalah info bagi yang ingin mengetahui dengan lebih dekat lagi perihal Ketua Hakim 2018 yang baru sebagai rujukan bersama.
Biodata Maklumat Lengkap YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum (Biography)
Nama : Richard Malanjum
Born : 13 October 1952
Status : Berkahwin
Tempat Lahir : Tuaran, Sabah
Pendidikan
Sekolah Rendah : Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Buit, Sekolah Rendah Sacred Heart, Kota Kinabalu
Sekolah Menengah : Sekolah Menengah La Salle, Kota Kinabalu, Sabah
Pengajian Tinggi : Bachelor of Laws (LL.B). di Institut Teknologi MARA di Shah Alam, Selangor (sekarang UiTM) sebagai pelajar luar kampus University of London. (Julai 1972 – Ogos 1975)
Pernah dianugerahkan gelaran siswazah undang-undang terbaik di Institut Teknologi MARA dari Menteri Pendidikan Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.
YAA Tan Sri menyambung pelajaran di London dan tamat pengajian “Bar-at-Law” pada pada April 1976.
Pernah diterima masukkan ke “The English Bar of the Honourable Society of Gray’s Inn” di London yang merupakan sebuah badan yang mengiktiraf para peguam dan hakim.
Career (Kerjaya):
Kerani di Jabatan Pelajaran
Kerani di Jabatan Pertanian
Kerani di Jabatan Televisyen dan Radio
Pegawai Kebajikan di Jabatan Kebajikan Negeri.
Pegawai Tadbir di Jabatan Ketua Menteri, Sabah
Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah.
Beliau juga pernah menjawat jawatan pensyarah sambilan dalam bidang undang-undang di Institut Teknologi MARA (Kampus Sabah).
Peguamcara di Badan Peguam Malaysia, Sabah. (Nov 1977)
Timbalan Pendakwa Raya dan Peguam Kanan Negeri di Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah.
Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormat Richard Malanjum
Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.)
Darjah Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan (S.P.S.K.)
Sri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P.)
Panglima Setia Mahkota (P.S.M.)
Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.)
Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K)